Search

Monday, July 26, 2010

aktiviti orientasi 10 julai 2010


anwar degree sem 1

setiap junior diwajibkan memakai name tag orientasi sepanjang minggu orientasi

aktiviti dimulakan dengan KMM. setiap junior sudah pun dibahagikan kepada kumpulan masing masing dimana setiap group mempunyai beberapa orang mentor. mentor terdiri daripada degree semester 3

alifah dan mentee nya amalina dari group KUB

group BBB


group EMW


aktiviti KMM dijalankan untuk membuka ruang bicara kepada junior junior untuk menyuara sebarang pertanyaan yang dihadapi oleh mereka. Mentor mentor ditugaskan untuk membantu mereka untuk menyesuaikan diri serta memberi mereka gambaran tentang kos pengimejan perubatan






setelah selesainya aktiviti KMM, junior junior mengambil kesempatan untuk meminta tanda tangan senior yang turut memeriahkan majlis




selepas segala urusan selesai di dalam dewan kompleks angsana, majlis diteruskan di luar, di padang bola angsana. aktiviti outdoor dijalankan dengan tujuan untuk menghiburkan hati sesama mereka

aktiviti pertama adalah gelap gelita. setiap group perlu menghantar wakil untuk ditutupkan matanya. orang "buta" tersebut akan diletakkan di dalam satu kawasan yang penuh dengan barang, dan mereka hanya perlu mengambil barang kepunyaan group mereka sahaja. dan mereka dipandu oleh ahli ahli kumpulan mereka ke arah barang tersebut


walaupun panas terik, aktiviti tetap dijalankan dengan gembira



fairuz ditutup matanya

junior junior semangat mencari barang2 mereka


afifah, fitri, nazmi dan husni membantu menjayakan program


sesat ke adik?





setelah berakhirnya aktiviti gelap gelita, acara diteruskan dengan aktiviti semakin jauh semakin sayang. di mana junior junior perlu mencari pasangan masing masing. mereka akan melemparkan belon yang berisi air, sejauh mungkin







alhamdulillah hari sabtu tersebut dapat dijayakan dengan sempurnanya. objektif aktiviti tercapai dimana senior dan junior menghiburkan hati mereka. aktiviti orientasi akan diteruskan pada minggu hadapan

No comments:

Post a Comment

Tabung MISA