Search

Tuesday, September 20, 2011

PEMBUKA TIRAI AKTIVITI 2011



Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan izin daripada-Nya, aktiviti pembukai tirai bagi semester September-Januari telah pun berjalan dengan lancar. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam merancang dan menjayakan program ini. Tidak lupa kepada semua pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Di sini, sedikit maklumat mengenai program yang telah pun dijalankan.


"LESTARI BERSAMA ANAK YATIM"

'Meningkatkan Kesedaran Sosial Menuju Masyarakat yang Sejahtera'

Tarikh : 18 September 2011

Objektif program : 1, Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar serta masyarakat.
2. Melatih pelajar dengan kemahiran komunikasi yang lebih berkesan dan meningkatkan rasa prihatin pelajar.
3. Membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan budaya komuniti yang baru pada masa depan.
4. Membolehkan peserta menggunakan kemahiran bukan lisan.
5. Membolehkan peserta mengamalkan sikap beretika serat mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.
6. Membolehkan peserta bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjwab yang diberikan.



Banyak aktiviti yang dijalankan bertepatan dengan objektif program seperti Latihan Dalam Kumpulan, Sukaneka, dan Lukisan Mural. Alhamdulillah, respon yang diberikan daripada pelajar-pelajar di Rumah Penyanyang Bestari sangat positif dan mereka gembira serta memperoleh banyak ilmu serta pengalaman yang baru yang dapat mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian.


Sekali lagi tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang merancang dan menjalankan program ini.

Sekian. Salam.




Monday, September 19, 2011

ALL THE BEST!!


Assalamualaikum.



Kami AJK MISA mewakili seluruh pelajar Pengimejan Perubatan ingin mengucapkan

"Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir"

kepada semua pelajar di Fakulti Sains Kesihatan terutamanya kepada pelajar-pelajar

Diploma Pengimejan Perubatan.




"ALL THE BEST"










Friday, September 16, 2011

Aktiviti Semester Sept-Jan 2012




Assalamualaikum W.B.T



Alhamdulillah. Setelah ahli Majlis Tertinggi MISA bermesyuarat, beberapa aktiviti telah disenarai dan insyaAllah akan dilaksanakan sepanjang semester Sept-Jan 2012 ini. Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti ada di dalam takwim MISA.






Harus diingatkan sekali bahawa semua aktiviti ini adalah dalam perancangan ahli jawatankuasa sahaja. Sokongan dan dorongan serta doa daripada semua ahli MISA amat diperlukan agar semua aktiviti yang dirancang dapat diluluskan dan dijalankan mengikut perancangan.





Tabung MISA