7.15 pagi | Berkumpul di Dewan Makan Angsana - Sarapan Pagi - Bacaan Doa - Taklimat ringkas perjalanan |
7.45 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 12.00 pagi 1.00 petang 1.15 petang 2.30 petang | Bertolak Ke Agensi Nuklear Malaysia( Nuklear Malaysia) - 2 buah bas membawa peserta Tiba di Agensi Nuklear Malaysia(Nuklear Malaysia) Taklimat dan tayangan video korporat dari Nuklear Malaysia Lawatan ke fizik perubatan Lawatan ke Secondary Standard Dosimeter Laboratory (SSDL) Sesi Soal Jawab bersama Kakitangan Nuklear Malaysia - Penyampaian cendarahati Makan Tengahari dan Solat Zuhur Bertolak balik ke kampus |
Search
Monday, November 14, 2011
Lawatan ke MINT siri 3
Wednesday, October 26, 2011
Big Apple kembali lagi~
Alhamdulillah, event big apple untuk pertama kalinye sesi ini berjaya dijalankan. seperti biasa, tiap kali semester, event big apple memang wajib la MISA buat. sebabnye penjualan ini adalah salah satu hasil dana untuk MISA. untuk pengetahuan semua, MISA akan buat jualan 2x sebulan & pada hari rabu. bertempat di PSB. so nnt agak2 teringin big apple, cari la kami ye :)
tengok kotak kosong je kak?
syukur cepat habis big apple kali ni
cashier a.k.a pengarah program, norzatul barakah
penolong sedia ada
pekerja belakang tabir. mmg betul2 belakang. kehkeh
& insyallah, if xde ape2 halangan, jualan seterusnya is next week, iaitu pada 2 november. & tiap kali jualan kami akan meminta bantuan setiap batch lah untuk menjual. so diharap semua ahli MISA sama2 memberikan kerjasama if ketua program mintak tolong ke apa kan. apa2 pun, duit untung memang xdpt kepada kami, tapi sebaliknya 100% jatuh dalam tabung MISA.
so ape lagi, support your very own MISA
thank you for reading
see you soon ^^
Monday, October 17, 2011
Lawatan ke MINT
hey kawan kawan MISA. sihat harini? okay untuk pengetahuan semua, hari khamis ni, bersamaan 20 oktober 2011, MISA akan mengadakan lawatan ke MINT agensi nuklear malaysia. nak tau ape tu MINT? try la google ye kawan2. hihi.
okay back to the topic. sesiapa yang berkenaan, setiap ahli MISA dari setiap batch yang akan menyertai lawatan ini diminta take note tentang tentatif ini. bukan apa, untuk melancarkan program la kan. senang if dah tau masa berkumpul, di harap mematuhinya untuk sama2 menyenangkan semua pihak. apa yang penting? kerjasama. hehe
7.15 pagi | Berkumpul di Dewan Makan Angsana - Sarapan Pagi - Bacaan Doa - Taklimat ringkas perjalanan |
7.45 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 12.00 pagi 1.00 petang 1.15 petang 2.30 petang | Bertolak Ke Agensi Nuklear Malaysia( Nuklear Malaysia) - 2 buah bas membawa peserta Tiba di Agensi Nuklear Malaysia(Nuklear Malaysia) Taklimat dan tayangan video korporat dari Nuklear Malaysia Lawatan ke fizik perubatan Lawatan ke Secondary Standard Dosimeter Laboratory (SSDL) Sesi Soal Jawab bersama Kakitangan Nuklear Malaysia - Penyampaian cendarahati Makan Tengahari dan Solat Zuhur Bertolak balik ke kampus |
oraittt. clear semua? insyallah, jumpa khamis ni
bye bye. assalamualaikum :)
Tuesday, September 20, 2011
PEMBUKA TIRAI AKTIVITI 2011
Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan izin daripada-Nya, aktiviti pembukai tirai bagi semester September-Januari telah pun berjalan dengan lancar. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam merancang dan menjayakan program ini. Tidak lupa kepada semua pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Di sini, sedikit maklumat mengenai program yang telah pun dijalankan.
"LESTARI BERSAMA ANAK YATIM"
'Meningkatkan Kesedaran Sosial Menuju Masyarakat yang Sejahtera'
Tarikh : 18 September 2011
Objektif program : 1, Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar serta masyarakat.
2. Melatih pelajar dengan kemahiran komunikasi yang lebih berkesan dan meningkatkan rasa prihatin pelajar.
3. Membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan budaya komuniti yang baru pada masa depan.
4. Membolehkan peserta menggunakan kemahiran bukan lisan.
5. Membolehkan peserta mengamalkan sikap beretika serat mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.
6. Membolehkan peserta bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjwab yang diberikan.
Banyak aktiviti yang dijalankan bertepatan dengan objektif program seperti Latihan Dalam Kumpulan, Sukaneka, dan Lukisan Mural. Alhamdulillah, respon yang diberikan daripada pelajar-pelajar di Rumah Penyanyang Bestari sangat positif dan mereka gembira serta memperoleh banyak ilmu serta pengalaman yang baru yang dapat mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Sekali lagi tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang merancang dan menjalankan program ini.
Sekian. Salam.
Monday, September 19, 2011
ALL THE BEST!!
Assalamualaikum.
Kami AJK MISA mewakili seluruh pelajar Pengimejan Perubatan ingin mengucapkan
"Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir"
kepada semua pelajar di Fakulti Sains Kesihatan terutamanya kepada pelajar-pelajar
Diploma Pengimejan Perubatan.
"ALL THE BEST"
Friday, September 16, 2011
Aktiviti Semester Sept-Jan 2012
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah. Setelah ahli Majlis Tertinggi MISA bermesyuarat, beberapa aktiviti telah disenarai dan insyaAllah akan dilaksanakan sepanjang semester Sept-Jan 2012 ini. Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti ada di dalam takwim MISA.
Harus diingatkan sekali bahawa semua aktiviti ini adalah dalam perancangan ahli jawatankuasa sahaja. Sokongan dan dorongan serta doa daripada semua ahli MISA amat diperlukan agar semua aktiviti yang dirancang dapat diluluskan dan dijalankan mengikut perancangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)